Datuk Mua’amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Jamaludin
Ahli Lembaga Pengarah
Datuk Mua’amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Jamaludin, menyertai Lembaga Pengarah RISDA Bina Sdn Bhd pada Disember 2024 sebagai Pengerusi.
Beliau adalah seorang jurutera awam mengikut profesionnya dan memulakan kerjayanya dengan Syarikat Pembinaan Caj Maju Sdn Bhd pada tahun 2004, yang mana beliau mengasah kemahiran perundingannya dan menguruskan beberapa projek kerajaan. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Field Sdn Bhd dan memperoleh pembiayaan modal teroka daripada pelabur bagi mengembangkan perniagaan. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Data Protection Experts Asia Sdn Bhd, yang mana beliau merekrut dan mengetuai pasukan pakar perlindungan data dan mengekalkan hubungan dengan pemegang kepentingan utama.
Datuk Ghadafi adalah sukarelawan sosial dan belia yang aktif. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia dari 2014 hingga 2018 dan Presiden Pergerakan Pemuda 4B dari 2010 hingga 2016 Pada masa ini, beliau memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar.
Beliau mempunyai kelulusan dari Universiti Putra Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) pada tahun 2002.
Datuk Mua’amar Ghadafi Jamal Bin
Datuk Wira Jamaludin
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) UPM
Y. Bhg. Datuk Mohammad Izat Bin Lebai Hasan
Ahli Lembaga Pengarah
Datuk Mohammad Izat telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah RISDA Bina Sdn Bhd pada 2006. Beliau memulakan karier dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Seterusnya telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dan telah menyandang jawatan Pengarah JPJ, Ketua Pengarah PTG, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar PERDA sebelum berpindah ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebagai Timbalan Setiausaha Sosial sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA dan kini telah bersara.
Beliau merupakan graduan Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Desa.
Y. Bhg. Datuk Mohammad Izat Bin Lebai Hasan
M Sc (Urban & Regional Planning) Wisconsin, USA
Y. Brs. Zainal Azni Bin Zulkifli
Ahli Lembaga Pengarah
Y. Brs. Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA yang ke-17 pada 7 Jun 2024. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan daripada Universiti ISlam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memilik rekod perkhidmatan luas dalam bidang kehakiman, perundang, polisi termasuklah sektor korporat dalam negara dan antarabangsa.
Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd dan berjaya mencapai keuntungan sebanyak RM53.3 juta yang merupakan pencapaian tertinggi syarikat RISDA.
Y. Brs. Zainal Azni Bin Zulkifli
Ijazah Sarjana Muda Perundangan (UIAM)
Pengurusan Syarikat
En. Zakuan Bin Ahmad
Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Bina Sdn. Bhd.
Norulhayati binti Mohamad (MACS 01558)
Mohd Amirul Ashraf bin Mazli (LS 0009901)
Wan Nadzir & Co