skip to Main Content

Pengerusi

Y.B. Senator Datuk Hamzah

Y.B. Senator Datuk Hamzah Bin Mohd Kassim

Y.B Senator Datuk Hamzah Bin Mohd Kassim berumur 60 tahun telah dilantik sebagai  Pengerusi Risda Bina Sdn Bhd Pada 29hb Oktober 2015. Beliau berasal dari Perak dan mempunyai pengalaman luas di dalam Industri hartanah dan pembinaan.  Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah kepada NAFAS.

Ahli Lembaga Pengarah

Y. Bhg. Datuk Mohammad Izat Bin Hasan

Y. Bhg. Datuk Mohammad Izat Bin Hasan

Datuk Muhammad Izat telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Risda Bina Sdn Bhd pada 2006, semasa beliau memegang jawatan Ketua Pengarah RISDA.

Datuk Mohammad Izat telah memulakan karier beliau di dalam Perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Seterusnya telah berkhidmat dalam belbagai kapasiti dan telah menyandang jawatan Pengarah JPJ, Ketua Pengarah PTG, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kemudiannya Datuk Mohammad Izat telah dilantik sebagai Pengurus Besar PERDA sebelum berpindah ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebagai Timbalan Setiausaha Sosial, sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA pada tahun 2006.

Beliau adalah graduan Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Desa.

Tuan Haji Mohd Zahari Bin Mohd Zinin

Tuan Haji Mohd Zahari Bin Mohd Zinin

Tuan Haji Zahari Bin Mohd Zinin telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Risda Bina Sdn Bhd Pada 25 September 2013.

Tuan Haji Zahari Bin Mohd Zinin telah menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada tahun 1982 dari University San Francisco, California Amerika Syarikat seterusnya melanjutkan pengajian Post graduate dalam Pengurusan Logistik pada tahun 1983 di Cranfield Institute of Technology Bedford, United Kingdom.

Encik Abdullah Bin Zainal @ Deraman

Encik Abdullah Bin Zainal @ Deraman

Encik Abdullah Bin Zainal @ Deraman,  telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Risda Bina Sdn Bhd pada 8 Mei 2015. 

En. Abdullah telah berkhidmat selama 28 tahun di RISDA dan kini memegang jawatan Pengarah Bahagian di Pejabat Ketua Pengarah. Beliau mempunyai kelulusan di dalam jurusan perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan. 

Encik Abdul Kahar Bin Abdullah

Encik Abdul Kahar Bin Abdullah

En. Abdul Kahar Abdullah, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Risda Bina Sdn Bhd pada 27hb Ogos 2015.  Beliau adalah wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau memulakan kariernya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik setelah tamat pengajian Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa.  Beliau telah memegang belbagai jawatan di dalam Perkhidmatan Awam.  Kini beliau memegang jawatan Ketua Unit NKRA di Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau adalah graduan dari Universiti Islam Antarabangsa dengan Sarjana didalam bidang Pengurusan Perniagaan pada tahun 1992 dan kemudian menamatkan pengajian Sarjana dengan fokus kepada Pengurusan Tanah dari Universiti PUTRA pada tahun 2011.