skip to Main Content

BINA adalah sebuah syarikat Pengurusan Pembinaan Bangunan dan Perkhidmatan Kejuruteraan Awam yang sepenuhnya komited untuk memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan dengan mencapai kualiti tertinggi kerja dalam jangka masa dan kos yang boleh diterima oleh pelanggan-pelanggan kami.

Untuk mencapai matlamat ini, nilai-nilai kualiti yang berikut hendaklah diterima pakai:

  • Memahami dan memenuhi keperluan semua pelanggan
  • Sentiasa komited untuk mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti dan berusaha untuk terus meningkatkan keberkesanannya
  • Mematuhi mana-mana keperluan berkanun dan peraturan lain yang terpakai
  • Mencapai objektif kualiti
  • Mengamalkan dasar kualiti ke dalam kerja

Pengurusan BINA akan memastikan dasar kualiti :

  • Sentiasa bersesuaian dengan matlamat BINA,
  • Komitmen bagi mematuhi keperluan dan sentiasa berterusan menambah baik keberkesanan sistem pengurusan kualiti,
  • Menyediakan rangka kerja bagi mewujudkan dan menyemak objektif kualiti,
  • Disampaikan dan difahami oleh kakitangan BINA, dan
  • Sentiasa membuat semakan agar sentiasa bersesuaian dengan kehendak semasa.