RISDA Bina bertanggungjawab untuk mengenal pasti tanah tanah RISDA yang berpotensi untuk dibangunkan secara komersil dan juga hartanah lain yang berpotensi.
Integriti
Kesedaran dalam melaksanakan tugas di mana nilai teras ini menjadi kekuatan panduan dalam setiap kerja.
Inovasi
Strategi ke arah penambahbaikan, sama ada dari segi pembangunan sumber manusia mahupun aspek fizikal kerja dan hasilnya.
Kualiti
Tahap profesionalisme, bermula dari peringkat perancangan sehingga kepada penyerahan projek dan perniagaan.
Senarai Projek
Cadangan Pemajuan Semula Sebahagian Lot Perumahan Taman Cindai Jaya yang Belum Dibangunkan, Termasuk Kawasan Lapang & Tapak Kemudahan Awam (Sedia Ada), Seluas 10.13 Ekar Kepada Cadangan Pembinaan Dataran Usahawan, Kompleks Sukan Dalaman (Indoor), Tapak Food Truck – Kebun Getah, Dewan Serbaguna Komersial, serta Kemudahan Sokongan Termasuk Tempat Letak Kereta Yang Diperlukan di Taman Cindai Jaya, Seksyen 67, Bandar Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman Untuk Tetuan Risda Bina Sdn. Bhd.
- Status: Projek Semasa
Cadangan Pembangunan Perumahan Yang Terdiri Daripada Rumah Cantuman 2 (Jenis – A1) 2 Tingkat – 8 Unit; Rumah Cantuman 4 (Jenis – B1) 2 Tingkat – 84 Unit; Rumah Cantuman 2 (Jenis – B2) 2 Tingkat – 2 Unit; Rumah Cantuman 2 (Jenis – C1) 2 Tingkat – 26 Unit; Rumah Cantuman 1 (Jenis – C4) 2 Tingkat – 2 Unit dan Kemudahan-Kemudahan Seperti; 1 Unit Tapak Surau/Tadika; 1 Unit Tapak Dewan; 1 Unit Tangki Air; 1 Unit Depo Sampah Dan 2 Unit Pencawang Elektrik Di Atas Sebahagian Lot 14214 (PT 473), Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman
- Status: Projek Siap
Cadangan Pembangunan 15 Unit Kilang Semi-D 1 ½ Tingkat, 14 Unit Kilang Teres 1 ½ Tingkat, 26 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat dan 10 Unit Kedai Pejabat 3 Tingkat Di Taman Cindai Jaya, Mukim Sungai Petani Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman
- Status: Projek Siap