skip to Main Content

Y. Bhg. Datuk Mohammad Izat Bin Hasan

Datuk Muhammad Izat telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Risda Bina Sdn Bhd pada 2006, semasa beliau memegang jawatan Ketua Pengarah RISDA.

Datuk Mohammad Izat telah memulakan karier beliau di dalam Perkhidmatan awam sebagai  Pegawai Tadbir dan Diplomatik.  Seterusnya telah berkhidmat dalam belbagai kapasiti dan telah menyandang jawatan Pengarah JPJ, Ketua Pengarah PTG, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.  Kemudiannya Datuk Mohammad Izat telah dilantik sebagai Pengurus Besar PERDA sebelum berpindah ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebagai Timbalan Setiausaha Sosial, sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA pada tahun 2006.

Beliau adalah graduan Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Desa.

Encik Abdullah Bin Zainal @ Deraman

Encik Abdullah Bin Zainal @ Deraman,  telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Risda Bina Sdn Bhd pada 8 Mei 2015.

En. Abdullah telah berkhidmat selama 28 tahun di RISDA dan kini memegang jawatan Tim. Ketua Pengarah Pengurusan dan Korporat / Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di Pejabat Ketua Pengarah. Beliau mempunyai kelulusan di dalam jurusan perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.