skip to Main Content

Y. Bhg. Datuk Mohammad Izat Bin Hasan

Datuk Muhammad Izat telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Risda Bina pada 2006, semasa beliau memegang jawatan Ketua Pengarah RISDA.

Datuk Mohammad Izat telah memulakan karier beliau di dalam Perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Seterusnya telah berkhidmat dalam belbagai kapasiti dan telah menyandang jawatan Pengarah JPJ, Ketua Pengarah PTG, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kemudiannya Datuk Mohammad Izat telah dilantik sebagai Pengurus Besar PERDA sebelum berpindah ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebagai Timbalan Setiausaha Sosial, kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA pada tahun 2006.

Beliau adalah graduan Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Desa.